UP
    Latest News

Ramadhan ~ Anda Boleh Berdosa Mengutuk Salleh Gregor Samsa

Weehuu ~ Layout gue bertukar, mengikut irama biru dan putih. Saja jak tukar, ambil angin perubahan. Wat entri ni pun, angin masuk dalam badan, sejuk rasanya, demam terus. Well, yang penting, wa mahu siapkan draft yang lama tertunggak ini gara-gara ke”bz-mz”an kerja serta kesihatan yang kurang mengizinkan. Mengapa tajuk sebegini rupa? Siapa Salleh Gregor Samsa? Yezza, memang ramai yang telah mengetahuinya. Semuanya hanya kerana laman web sosial bernama Facebook ~
 
(Klik gambar untuk membesarkan mata anda)

Memang mamat ni patut dikutuk pun, jadi apa masalahnya? Kenapa?
Besar permasalahannya. Bukan semua yang ada kena mengena dengan tajuk ini. Hanya sebilangan yang melampiaskan kata amarah mereka dengan carutan yang kasar, (Ada ka carutan lembut? Har3x~) seperti “***k *o*”, “S** ** A **t**”", serta bermacam-macam lagi perkataan mencarut yang lain. Bukankah lebih kurang sahaja dengan mamat ni yang berkata “Kepada Yang Berpuasa ; F*** Y** O**”. Berapa banyak dikalangan kita suka berkata ayat propaganda barat? Mungkin saya tidak memahami keadaan orang suka marah-marah ni, sebab saya bukan jenis pemarah, kalau sakit hati memang menyindir jak selalu, ahakz.
Kan banyak benda molek kita cakap berbanding keji cacimaki ni. Mengucap dua kalimah syahadah ka, istigfarkah, dari memaki? Saya pun rasa tercabar apabila mamat ni cakap macam tu. Kalau ada depan mata, opkoz saya suruh dia minta maaf pada seluruh muslimin dan muslimat. Masih degil memang kena Wing Chun la, itupun mahu ada polis juga guard gue, har3x~ Kalau berdasarkan pembacaan mengenai kes ini, saya boleh kategorikan mamat ni sudah tidak berpegang kepada ajaran agama, dalam erti kata lain, sesat. Atau lebih bisa, murtad, kerana yang ditulisi itu dari dalam hatinya yang mana anda boleh baca sendiri apa yang ingin dilakukan.
Berbalik kepada tajuk di atas, anda tahu sendiri jika kita gagal mengawal lidah kita. Lidah dengan hati merupakan dua benda yang perlu dijaga dengan baik. Sekurang-kurangnya kita berdoalah mamat ni mendapat hidayah dariNya, tidak rugi kita mendoakannya, malah dapat pahala, berbanding memaki habis-habisan, dosa yang anda dapat. Marah itu perlu, tetapi secara berpada. Orang yang paling kuat bukanlah dari segi tenaganya, tetapi bagaimana seseorang itu menahan amarahnya. Apapapun, mana yang baik adalah dariNya, yang buruk semua dari saya. Tegur jika saya salah, wah, ter”emo” seketika, ahakz.

http://segalaceritera.com/atik/2010/08/21/ramadhan-anda-boleh-berdosa-mengutuk-salleh-gregor-samsa/#more-601

No comments:

Post a Comment